Ceraian Salindah L11

Price: RM 53.00
Kategori : Herbalisme
Kandungan : 220 ml

Tempoh penggunaan :
Bergantung kepada kekerapan menggunanya.

Kesesuaian:
Untuk golongan wanita dan lelaki.

Ceraian L11 Salindah

Ceraian SALINDAH L11 sesuai digunakan oleh seisi rumah, kerana khasiat di dalamnya dapat merawat pelbagai penyakit. Herba Cymbopogon nardus bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgetik) serta melancarkan sirkulasi darah. Sesuai untuk menstruasi yang tidak teratur, sakit kepala dan otot, sakit sendi dan batuk.

Piper retrofractum pula untuk memanaskan badan, sakit ulu hati, sakit kepala, sakit gigi, afrodisiak, hidung berair dan rasa lemah (neurasthenia), masalah pencernaan, kembung. Manakala Solanum torvum berperanan untuk menghilangkan darah beku, bengkak terpukul, gastrik, tidak datang haid dan sakit gigi.

Zingiber aromaticum atau lempuyang merupakan herba yang tidak asing lagi di dalam perubatan tradisional. Herba ini terdapat di dalam ceraian SALINDAH L11 berperanan untuk membersihkan darah, anti kejang, mengandungi limonene yang bersifat mengeluarkan gas (karminatif) hasil pencernaan. la juga sesuai untuk menambah nafsu makan, kaki bengkak sehabis pantang, koliks, kekurangan darah, gatal-gatal, kecacingan, sesak nafas, kembung, malaria, pedih perut dan lemah urat saraf.

Bunga cengkih mengandungi kariofilin, yang berkhasiat untuk menghangatkan, menghilangkan rasa sakit setempat, mengeluarkan angin dalam tubuh, mengharumkan, bersifat antibakteria, dan menghilangkan kejang perut. Menurut WHO, cengkih merupakan di antara herba ubatan yang paling banyak dipakai di dunia dalam bentuk balsam atau minyak.

Menurut farmakopia Belanda, rizom Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubatubatan yang sering digunakan untuk rumusan ubatan. la dikenali kerana manfaat terapeutik dan halia ini menjadi herba asas di dalam penghasilan ubat di 23 buah negara. la boleh merangsang kelenjar pencernaan, membuka selera makan dan untuk sistem pencernaan. Sifatnya yang pedas dapat menghangat tubuh dan mengeluarkan keringat. Bersifat antiinflamasi dan antibakteria. Sesuai untuk masalah sakit kepala, batuk, kembung, mual atau mabuk perjalanan.

Ceraian L 11 ini juga mengandungi Nigella sativa. Jika diamalkan membantu mengatasi masalah keputihan, sembelit dan batuk rejan. Ekstrak pelaga juga boleh merawat masalah flatulasi atau meteorismus (penimbunan gas di dalam usus), koliks dan lemah-lemah tubuh, mulut berbau, peluh berbau, batuk terutama di kalangan kanak-kanak dan gatal tekak.

Limonina di dalam jintan mengharumkan dan kandungan flavonoida di dalamnya berkhasiat menyembuhkan radang. Khusus untuk kanak-kanak yang mengalami batuk, diarea dan mencegah kejang. Di samping itu juga wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur boleh mengamalkan minum tonik ini.

Piper retrofractum menurut farmakopia China, sesuai untuk merawat sakit dada, sakit perut, lebih asid di dalam perut (gastrik), cirit-birit, hernia (burut), sinusitis, sakit gigi, kencing tidak lancar dan haid tidak teratur. la juga merangsang uri keluar sewaktu melahirkan.