Ceraian Salindah B1

Price: RM 46.00

Kategori : Biokimia
Isi : 336 Biji
Tempoh penggunaan : Bergantung kepada kekerapan menggunanya.

Ceraian Salindah B1

Ceraian SALINDAH B1 penting untuk pembentukan hemoglobin. la berperanan untuk membekalkan oksigen ke setiap sel tubuh serta menguatkan saluran darah. Ceraian SALINDAH B1 sepatutnya diambil sebagai suplemen untuk merawat banyak masalah penyakit tanpa mengira jenis simptom yang timbul. lni termasuklah masalah pernafasan, pendarahan, anemia, pendarahan haid yang banyak, demam dan selesema, sakit tekak, keradangan, congestion. kekejangan otot, subu tubuh meningkat, berdebar-debar dan reumatisme. la boleh dianggap sebagai remedi first aid. Ceraian SALINDAH B1 boleh dijadikan serbuk dan dipedap pada bahagian luka atau tercalar, mampu untuk menghentikan pendarahan.

Apabila suhu tubuh melebihi 37°C, muka merah, panas badan, disertai simptom-simptom yang lain seperti sakit kepala, sakit seluruh tubuh, kepala rasa ringan, menggeletar, demam yang tidak kebah, berpeluh, dahaga, bernafas laju, hilang selera makan, kadangkadang meracau terutama orang tua, kanak-kanak pulamenangis tanpa henti, tidak mahu menyusu dan meragam. Kadang-kadang demam boleh mengakibatkan kekejangan terutamanya di kalangan kanak-kanak yang berusia 6 bulan sehingga 6 tahun.
berlaku kekurangan zat besi boleh menyebabkan berlakunya anemia terutama sewaktu trimester kedua mengandung), kekurangan penghasilan sel darah merah disebabkan faktor keturunan atau kekurangan asid folik, keluar darah yang terlalu banyak (darah haid atau pendarahan akibat ulser perut), penggunaan dadah tertentu yang menyebabkan kemusnahan sel darah merah dan pendarahan usus, penyakit yang memberi kesan kepada penghasilan sel darah merah seperti

ANEMIA

Terjadi sebab kekurangan zat besi. Hemoglobin merupakan pigmen yang terdapat di dalam sel darah merah, membawa oksigen dari peparu ke tisu tubuh. Apabila kepekatan hemoglobin berada di bawah paras normal berdasarkan umur dan jantina, individu itu dianggap menghidapi anemia. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang merupakan komponen utama hemoglobin.

Sebab-sebab lain berlakunya anemia ini termasuklah kekurangan vitamin dan mineral yang tertentu terutamanya zat besi dan vitamin B12, wanita hamil memerlukan lebih zat besi untuk bekalan kepada fetus (sekiranya leukemia, akibat rawatan tertentu (seperti kemoterapi dan radioterapi) serta jangkitan cacing di kalangan kanak-kanak terutamanya cacing pita.

MUNTAH

Muntah bukanlah suatu penyakit, tetapi berlaku sama ada akibat kecederaan kepala, strok, glaukoma, apendik, penyakit berkaitan otak, buah pinggang atau rahim. Iritasi pada bahagian perut akibat pengambilan alkohol, makan berlebihan, keracunan makanan dan sakit. Muntah juga boleh berlaku kerana pening, migrain, perubahan hormon (ketika mengandung), terhidu bahan kimia, atau akibat kesan dadah.

Muntah akan berhenti dengan sendirinya dan tidak begitu merbahaya kepada orang dewasa. Namun begitu sekiranya berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh menyebabkan dihidrasi.

Sekiranya berlaku muntah-muntah, seelok-eloknya berehat, minum air atau jus buah-buahan. Elakkan minuman yang beralkohol, kafeina, bergas, susu atau teh. Makan makanan separuh pejal seperti bubur.

HIDUNG BERDARAH/ EPISTAKSIS

Juga dikenali sebagai "pecah penjarum", berlaku akibat saluran darah di hidung pecah kerana menghembus, menggosok atau bersin terlalu kuat, kecederaan (akibat hentakan kuat di hidung), bernafas di udara yang terlalu kering, jangkitan nasal atau sinus menjadikan membran mukus mudah pecah, kesan dadah tertentu seperti anticoagulants dan aspirin yang merangsang berlakunya pendarahan secara tiba-tiba. Pendarahan boleh berlaku sama ada sebelah atau kedua-dua belah rongga hidung. Namun begitu pendarahan ini biasanya boleh dirawat di rumah sahaja, tetapi adakalanya pendarahan hidung berlaku akibat simptom-simptom penyakit yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi atau demam denggi berdarah.

Cara Makan:

Untuk kes akut - 2 biji setiap 3 jam.
Untuk kes kronik - 2 biji 3 kali sehari.
Untuk kes biasa - 2 biji 2 kali sehari.